Nov 28, 2012

Tips Bercouple Semasa Belajar

 
Kalau kita tengok remaja zaman sekarang ni, kapel dan remaja macam tak dapat nak dipisahkan. Ibarat kalau korang takde pakwe/awek ni macam korang ni kuno sangat.Sangat tak setuju bila budak-budak sekolah yang baru tingkatan 1-5 dah sibuk nak cari pasangan hidup.

Macam mana pulak dengan mereka yang bercinta di alam universiti ni? Yang bertemu jodoh masa sama-sama belajar dekat matrikulasi ni?

Cuba anda lihat banyak kesan negetif bercouple semasa belajar



Kesan negatif bila berkapel semasa belajar:

1.Hilang fokus dan matlamat asal masuk universiti.

2.Masa yang sepatutnya dihabiskan untuk study/buat assignment dihabiskan untuk berborak kosong dalam telefon/pujuk kekasih yang merajuk.

3.Dating.

4.Sanggup berjaga malam sebab nak bergayut dengan si dia tapi tak sanggup nak berjaga malam sebab nak solat tahajud.

5.Sanggup habiskan duit nak belanja si dia makan pizza tapi tak sanggup habiskan duit untuk beli buku-buku ilmiah.

6.Paling penting, kapel tu jalan menghampiri zina.


Tujuan korang berkapel ?

Ada tu yang bertukar pasangan macam tukar baju. Kapel sebab nak isi masa lapang ke? Atau bila ada kapel barulah tak nampak macam korang ni tak laku. Tak terasa ke membazir masa dan duit korang bila berkapel semasa belajar ni ?