Pakar tempatan temui bukti fosil, fauna, flora dan batuan berkaitan.
Disebalik kepercayaan umum bahawa dinosour tidak pernah menghuni Malaysia beratus-ratus juta tahun dahulu, beberapa pakar tempatan membuktikan sebaliknya.
Menurut mereka, berdasarkan jenis batuan, haiwan yang telah pupus itu sebenarnya pernah hidup di Taman Negara Pahang, berjuta-juta tahun dahulu. Bukti-bukti fosil dinosaur herbivor di Thailand pada Februari tahun ini menambah keyakinan bahawa haiwan itu pernah mendiami Banjaran Titiwangsa.
Bagi pakar geologi, Profesor Madya Datuk Mohamad Ali Hassan, kewujudan flora daripada era dinosaur di Malaysia ketika ini iaitu paku pakis gajah mengukuhkan lagi hujah tersebut. "Beberapa penemuan setakat ini menunjukkan Malaysia mungkin pernah menjadi daratan yang ditinggalkan dinosaur," katanya kepada Kosmo! Ahad.
Fosil dinosaur ini hanya boleh ditemui di batuan yang berusia di antara 65 juta hingga 130 juta tahun yang lalu dan batuan ini mestilah terbentuk di permukaan tanah, bukan dalam lautan.
Saintis ada melakukan ekspedisi kira-kira lapan tahun lalu tetapi gagal menemui fosil kerana kawasannya sangat luas